Site icon Kool FM

Tiada ‘badai’ lemahkan semangat Shaharin


BALING – Penat dan lelah, terganggu dengan kerenah pekerja, terkesan dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam fasa pandemik serta sakit sehingga terpaksa berkerusi roda ekoran perbuatan sihir, bukan batu penghalang buat seorang usahawan kerana minatnya yang menggunung tinggi dalam perniagaan khususnya bidang makanan dan minuman mengatasi segala-galanya.

Shaharin Ahmad, 50, berkata, jatuh bangunnya dalam bidang perniagaan sejak tahun 2000 menjadi ‘universiti’ paling mahal buat dirinya dan sentiasa berusaha untuk keluar dari setiap masalah yang dihadapinya.

Diiringi dengan doa dan ikhtiar serta tawakal kepada Allah, itu sahaja mampu dilakukan bagi memperoleh kekuatan semangat untuk kelangsungan hidupnya.

“Isteri, Rodziah Dochik, 48, bersama empat orang anak adalah tunjang dan semangat saya untuk sentiasa bangkit dan terus berjuang mencari rezeki selagi khudrat saya masih ada dan kuat,” katanya ketika ditemui di Medan Bayeng di Kampung Bawah Gunung di sini baru-baru…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version