Selangor berkenduri jaringan dalam aksi final Piala Futsal Malaysia 2025 selepas dengan mudah membelasah Pahang Rangers 13-3 pada perlawanan yang berlangsung di Arena N9, Nilai sebentar tadi.
Pemain import Selangor, Vitor Fernando Dos Santos menjadi pemain paling menyerlah apabila lapan jaringan berjaya diledakkannya pada perlawanan ini.
Ketika pra-perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat mempunyai peluang seimbang untuk muncul juara berbekalkan kelebihan masing-masing.
Namun sebaik sahaja bermula aksi, Selangor lebih mencuri tumpuan dalam memperagakan corak permainan penuh bertenaga bagi mengeksploitasi kelemahan Pahang Rangers ketika bertahan.
Ia jelas dibuktikan apabila Selangor membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi Victor menerusi satu gerakan pantas susulan bola yang berjaya dirampas Evandro Borges dalam kawasan Pahang Rangers.
Tiga minit kemudian, kegagalan Matheus Moura melakukan hantaran dengan baik di kawasan sendiri memberikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: