Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya sudah berbincang dan mengatur strategi untuk beras tempatan yang diproses di kilang milik kerajaan negeri tiada campuran beras lain.
“Kita akan melakukan proses beras serta dikampitkan dengan jenama Darul Naim,” katanya.
Menjawab soalan Mohd Adanan Hassan (Pas- Kelaboran) mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan Kelantan dapat mengeluarkan beras sendiri, Tuan Mohd Saripuddin berkata, Ahad ini akan diadakan solat hajat sempena kilang berkenaan memulakan pembelian padi untuk diproses.
Katanya kapasiti pengeluaran kilang berkenaan dianggarkan sebanyak 600 tan metrik sehari dengan simpanan padi kering melebih 40,000 tan metrik.
Malah, pengeluaran padi tahun ini akan meningkat dan mencukupi ekoran cuaca yang agak baik.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: