Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada Isu Boikot, Jemaah Tetap Meriah Seperti Biasa

today27 February 2026

Background
Masjid At-Taqwa TTDI: Tiada Isu Boikot, Jemaah Tetap Meriah Seperti Biasa


Institusi masjid memainkan peranan yang amat penting sebagai pusat penyatuan dan pembangunan umat Islam. Baru-baru ini, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur telah diuji dengan satu dakwaan tidak berasas di media sosial yang mendakwa kononnya masjid tersebut diboikot oleh jemaah

Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran masjid membuktikan sebaliknya, sekaligus menonjolkan komitmen luar biasa masjid tersebut dalam menyantuni komunitinya.

Dakwaan boikot tersebut berpunca daripada satu hantaran di aplikasi Threads oleh pengguna bernama ‘drfirdaus_92’ pada 22 Februari 2026 jam 6.32 petang, yang memaparkan keadaan ruang masjid yang kelihatan lengang menjelang waktu berbuka puasa.

Pihak Masjid At-Taqwa tampil menjelaskan bahawa gambaran tersebut adalah kurang tepat kerana kebiasaannya para jemaah mula memenuhi masjid pada jam 7.00 petang.

Hakikatnya, masjid ini sentiasa meriah dengan kehadiran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post