Site icon Kool FM

Tiada Lagi Kelibat Lee Tuck Bersama Sri Pahang Musim Depan

Curran Ferns


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain naturalisasi, Lee Andrew Tuck mengumumkan beliau tidak lagi menyarung jersi Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia mulai musim depan sekaligus mengejutkan para peminat tok gajah semalam.

Beliau yang kini bersama skuad kebangsaan untuk kempen Piala AFF Mitsubishi Electric hanya sempat beraksi dalam 2 perlawanan Piala Malaysia pada musim 2022 setelah berehat panjang untuk menguruskan proses naturalisasinya.

Proses naturalisasinya itu turut dibantu oleh pengurusan Sri Pahang dan mendapat perkenan daripada pemilik kelab, YAM Tengku Abdul Rahman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Bagaimanapun, punca beliau meninggalkan tok gajah tidak didedahkan namun peminat sudah mula membuat pelbagai spekulasi mengenai perpindahan ke pasukan gergasi di media sosial.

“Malangnya masa saya bersama Sri Pahang telah sampai ke penghujungnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang hebat yang saya temui dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version