Site icon Kool FM

Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Buat Individu Positif COVID-19 Bermula 15 Julai


Bermula 15 Julai 2024, sesiapa yang dijangkiti COVID-19 tidak lagi perlu kuarantin di rumah atau Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO).

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan, memaklumkan peraturan baharu itu turut terpakai kepada pemakaian pelitup muka, di mana individu disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelakkan tempat sesak.

Individu yang positif COVID-19 juga akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan lain.

Katanya, peraturan baharu itu dikuatkuasa selepas jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan serta kes kematian menunjukkan penurunan, selain tiada varian baharu dikesan di Malaysia sehingga kini.

“Bagaimanapun, individu itu (disahkan positif) masih berpotensi menyebarkan jangkitan COVID-19.

“Oleh itu, atas tanggungjawab sosial, individu terbabit digalakkan untuk kekal berada di rumah atau tempat kediaman. Elakkan berinteraksi rapat dengan orang lain dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version