Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu perlawanan Liga Malaysia 2022 di mana tiada lagi penundaan perlawanan melibatkan pasukan yang terkena jangkitan COVID-19.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam SOP baharu itu telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan dibentangkan kepada semua CEO kelab-kelab yang bertanding pada sesi taklimat pada 29 Mac 2022.
Jelas Stuart, pelaksanaan SOP baharu itu penting dalam memastikan kelancaran saingan Liga Malaysia 2022 di mana pasukan-pasukan bakal mengharungi jadual agak padat andai kelonggaran untuk pasukan memohon penundaan perlawanan akibat kes COVID-19 terus dipraktikkan.
Ini kerana sehingga 16 Mac 2022 iaitu dalam hanya tempoh 12 hari saingan Liga Malaysia musim ini bermula, MFL terpaksa menunda 16 perlawanan melibatkan pertandingan Liga Super, Liga Premier dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: