Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Tiada Lagi Tol Percuma Sempena Musim Perayaan Mulai Tahun Ini”

today21 January 2025

Background


Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.

Tanpa menyatakan pendekatan bersasar berkenaan, beliau berkata: “Tiada lagi tol percuma musim perayaan”.

“Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan.

“Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan.

“(Keputusan ini kerana) …kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post

Sukan

Hishamudin tak hadapi masalah bekerjasama dengan pihak lain

Kuala Lumpur: Ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Hisamudin Yahaya tidak berhadapan sebarang masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya namanya 'naik lagi' pada Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029 pada 15 Februari depan.

today21 January 2025