Site icon Kool FM

‘Tiada Pelanggan Patut Lalui Pengalaman Begitu’ – Lotus’s Malaysia Tampil Mohon Maaf Isu Stor Selayang

'Tiada Pelanggan Patut Lalui Pengalaman Begitu' – Lotus’s Malaysia Tampil Mohon Maaf Isu Stor Selayang


Pihak pengurusan Lotus’s Malaysia mengesahkan telah menyelesaikan siasatan menyeluruh berhubung satu insiden yang dilaporkan berlaku di cawangan stor mereka di Selayang baru-baru ini.

Hasil siasatan mendapati bahawa pengendalian insiden tersebut adalah tidak menepati standard layanan serta kualiti perkhidmatan pelanggan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat, mahupun jangkaan para pelanggan terhadap jenama pasar raya berkenaan.

Permohonan Maaf dan Tindakan Tegas

Melalui satu kenyataan rasmi, Lotus’s Malaysia secara terbuka menzahirkan permohonan maaf yang tulus kepada pelanggan yang terjejas, isteri serta ahli keluarga mereka atas pengalaman buruk yang terpaksa dilalui ketika membeli-belah di premis berkenaan.

Pihak syarikat turut mengesahkan tindakan tatatertib sewajarnya telah pun diambil terhadap kakitangan yang terlibat, selaras dengan dasar dalaman syarikat yang tegas.

“Tiada pelanggan sepatutnya melalui pengalaman sedemikian ketika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version