
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kekecohan di Balai Polis Meru di Kapar, Selangor, merupakan insiden terpencil yang melibatkan perselisihan antara dua kumpulan dan tidak memerlukan pengenalan tatacara pengendalian piawai (SOP) baharu.
Menteri berkenaan melahirkan rasa kecewa terhadap dakwaan yang tular di media sosial yang mendakwa sekumpulan lelaki telah menyerang balai polis tersebut, petik The Star.
Saifuddin Nasution berkata situasi sebenar melibatkan dua kumpulan yang telah bergaduh di luar sebelum satu pihak masuk ke balai polis untuk membuat laporan, manakala kumpulan yang satu lagi mengekori mereka masuk dan cuba menghalang proses tersebut.
“Naratif yang tular di luar mendakwa bahawa sekumpulan lelaki telah menyerang balai polis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ramadan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ayer Keroh pada Khamis (5 Mac).
“Kita dapat lihat betapa tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
