Site icon Kool FM

‘Tiada Subsidi Elektrik, Bantuan Kewangan Haji Kepada T20’- Anwar Ibrahim


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata Pangkat Data Utama (PADU) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

“Kita tidak naikkan kadar elektrik, melainkan untuk T20. Untuk T20 sahaja, iaitu rumah-rumah besar yang tidak akan diberikan subsidi elektrik.

“PADU akan dapat menyelaras semua angka-angka yang disebut. Ini sama dengan Bantuan Kewangan Haji, kepada B40 kita tambah. Bagi T20 tidak akan ada lagi tambahan atau pun subsidi daripada kerajaan.

Mereka harus belanja sepenuhnya kos haji kerana mereka dalam kalangan yang mampu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata pengecualian subsidi itu adalah bagi melaksanakan pemberian subsidi yang lebih bersasar. Dasar-dasar baharu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version