
Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub tetap perlu hadir ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) pada 2 Mei ini untuk diambil keterangan.
Ia susulan penyertaan pendakwah berkenaan tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis ketika menyertai program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang pada 30 Mac yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nafikan Sebab Tak Pernah Ditawarkan Tauliah Sebanyak Dua Kali’ – Ustaz Wadi Perjelaskan Perkara Sebenar
Menurut Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim, penukaran tarikh itu dibuat selepas Ustaz Wadi sendiri memohon untuk menangguh beberapa tarikh sesi siasatan oleh JAIPs yang sepatutnya dilaksanakan pada 17 April lalu.
JAIPs menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai dan pihak media berhubung sesi siasatan dengan Wadi Annuar yang sebelum ini dijadualkan pada 17 April lalu namun Wadi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
