Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Tidak Boleh Diimbas Guna Telefon’ – JPN Jelaskan Fungsi Kod QR Pada MyKad Baharu

today18 September 2026

Background
'Tidak Boleh Diimbas Guna Telefon' – JPN Jelaskan Fungsi Kod QR Pada MyKad Baharu


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi memperkenalkan MyKad Generasi Baharu yang dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan terkini.

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asraf Sukadi, menjelaskan bahawa penambahbaikan utama pada kad pengenalan baharu ini merangkumi integrasi Kod QR serta penggunaan cip dwifungsi.

Ini Wajah Terkini MyKad Generasi Baharu, Boleh Tukar Mulai 17 September

Antara pembaharuan utama yang diperkenalkan:

Kod QR Keselamatan: Kod ini direka khas untuk tujuan penguatkuasaan oleh agensi yang dibenarkan oleh JPN sahaja bagi mengesahkan pemilik sebenar MyKad. Ciri ini tidak boleh dibaca atau diimbas oleh mana-mana kamera telefon pintar biasa demi menjamin keselamatan data pengguna.

Cip NFC (Dwifungsi): Membolehkan pembacaan maklumat kad dilakukan secara sentuhan (menggunakan pembaca kad) mahupun tanpa sentuh melalui teknologi NFC pada peranti yang dibenarkan oleh JPN.

View this post on Instagram

Written by: Hazim Jaafar


Previous post