Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tidak Lagi Percuma, Kerajaan Beri Diskaun 50% Tol Sempena Tahun Baharu Cina

today24 January 2025

Background
Tiada Tol Percuma, Kerajaan Beri Diskaun 50% Sempena Tahun Baharu Cina


Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi menyatakan Jemaah Menteri bersetuju memberikan potongan tol 50% sempena Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan, petik kenyataan rasminya.

Terhad bagi bagi kenderaan persendirian kelas satu, inisiatif itu akan bermula 12.01 tengah malam 27 Januari (Isnin) dan berakhir pada 11.59 malam 28 Januari (Selasa).

Baca Juga:

Tambahnya lagi, diskaun itu terpakai kepada semua plaza tol kecuali sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

“Implikasi kewangan ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08 juta,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Keputusan pemberhentian tol percuma keputusan mesyuarat Jemaah Menteri tahun lalu

Jelasnya lagi, pengumuman sebelum ini berhubung pemberhentian pengecualian tol pada musim…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post