
Dalam dunia bola sepak moden, kebanyakan jurulatih ternama mempunyai latar belakang sebagai pemain profesional.
Namun Mohamed Ouahbi membuktikan bahawa kejayaan di tepi padang tidak semestinya bermula dengan pengalaman bermain di atas padang.
Jurulatih Maghribi ini tidak pernah merasai karier sebagai pemain profesional, tetapi perjalanan panjangnya dalam dunia pembangunan pemain menjadikannya antara watak penting dalam kebangkitan Atlas Lions di pentas antarabangsa.
Keunikan Ouahbi bukan sekadar pada falsafah taktikalnya, tetapi juga pada kebolehan intelektual yang jarang dimiliki oleh jurulatih lain.
Beliau dikenali sebagai seorang polyglot — individu yang mampu menguasai beberapa bahasa, satu kelebihan besar dalam menguruskan bilik persalinan yang mempunyai latar belakang pemain yang pelbagai.
Latar belakang
Dilahirkan pada tahun 1976 di Schaerbeek, Belgium, Ouahbi membesar dalam persekitaran berbilang budaya. Mempunyai darah Belgium-Maghribi,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: