PETALING JAYA – Sebanyak 66 peratus rakyat Malaysia yang terlibat dalam satu tinjauan berkaitan penjagaan kesihatan iaitu Talker Research, gagal mengawal diet menjelang akhir tahun dan 40 peratus daripada mereka mengakui bahawa punca kegagalan adalah disebabkan daripada godaan makanan semasa perayaan.
Menurut kajian tersebut, ramai responden mengakui menghentikan tabiat sihat mereka untuk menikmati musim cuti sepenuhnya.
Malah, 61 peratus bersetuju bahawa musim akhir tahun lebih mudah dinikmati dan mereka tidak perlu bimbang tentang tabiat sihat dan berat badan mereka.
Mengulas mengenai hasil tinjauan berkenaan, Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, azam tahun baharu adalah cara terbaik untuk memulakan perjalanan anda ke arah kesihatan yang lebih baik, tetapi kunci sebenar adalah mengekalkan momentum selepas Januari.

“Mulakan dengan matlamat kecil yang boleh dicapai dan terapkannya dalam rutin harian anda. Seiring dengan komitmen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: