Site icon Kool FM

Tiga Pasukan Asia Sahkan Penyertaan

Pestabola Merdeka 2024


Tiga pasukan dari rantau Asia telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana kejohanan edisi Ke-43 itu secara rasminya akan dilangsungkan ketika Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang akan datang iaitu di antara 2 hingga 10 September 2024.

Baca Juga:

Selain Malaysia, tiga pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan edisi kali ini ialah juara bertahan, Tajikistan yang kini berada di ranking ke-102 dunia, Lebanon (117) dan Filipina (147).

Empat pasukan ini akan diundi bagi menentukan lawan masing-masing pada perlawanan pertama iaitu Separuh Akhir 1 dan 2, disusuli perlawanan kedua iaitu Final yang menemukan pemenang Separuh Akhir 1 dan 2 serta Penentuan Tempat Ketiga di antara dua pasukan yang kalah pada Separuh Akhir 1 dan 2.

“Ini merupakan kali pertama Pestabola Merdeka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version