Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) antara tiga pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas tamat dua perlawanan Liga Bolasepak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)-100PLUS B-14 2024.
SSBJ melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Syed Hassan dari Perlis hasil jaringan Muhd Al – Asyraf Mohd Rulnizan pada perlawanan yang berlangsung di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Kemenangan penting yang dilakarkan itu sekali gus memastikan anak didik Nik Juhaisham Tarmizi Juhari mengumpul enam mata.
Meskipun berjaya melakar jaringan di awal saingan, kelebihan bermain di laman sendiri gagal memberi impak untuk menambah jaringan sepanjang perlawanan untuk menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan
“Kita akui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki selepas perlawanan hari ini (Sabtu) terutama di bahagian penyudah kerana kita memiliki banyak peluang terhidang sepanjang perlawanan,” kata Adrian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: