Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan sulung bagi kalendar pertandingan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) untuk tahun 2025.
Dengan status selaku kejohanan Super 1000, ia pasti menarik penyertaan bintang-bintang ternama dunia serta menjanjikan hadiah lumayan dan mata ranking yang tinggi.
Kejohanan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu akan bermula 7 hingga 12 Januari nanti.
Seperti yang dilaporkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi, tiket bagi kesemua enam hari pertandingan itu sudah mula dijual.
Dapat disaksikan harga berbeza bagi enam kelas tempat duduk iaitu Platinum A, Platinum B, Premium, Premium A, Premium B dan Upper.
Platinum A sudah pasti menjadi pilihan buat para peminat yang mahu menyaksikan pemain-pemain kegemaran dengan lebih dekat serta berpeluang untuk mendapatkan tandatangan dan berswafoto bersama.
Lebih tepat lagi para pemain yang akan beraksi di gelanggang 1 dan 2 akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: