Harga tiket penerbangan domestik di Indonesia melambung tinggi, mendorong ramai warga Indonesia, terutamanya penduduk Batam mencari alternatif lebih murah dengan balik kampung melalui Malaysia, lapor MetroTvNews.
Ya, bagi sesetengah orang, terbang dari Kuala Lumpur ke Jakarta ternyata lebih berpatutan berbanding terbang terus dari Batam.
Harga Tiket Domestik Melambung, Warga Cari Jalan Lain
Kenaikan harga tiket pesawat dari Batam ke bandar-bandar utama di Jawa dan Sumatera telah mencecah beberapa kali ganda berbanding harga biasa.

Ada yang melaporkan harga tiket Batam-Jakarta mencecah lebih RM900 (Rp3 juta), sedangkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta boleh didapati dengan harga serendah RM150 (Rp500 ribu).
Rini Afriani, seorang warga Batam, berkongsi pengalamannya:, “Saya dapat tiket dari KL ke Jakarta hanya RM150, sedangkan dari Batam harganya sudah lebih RM900. Selain lebih murah, saya juga boleh singgah berwisata di Malaysia.”
Rute…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: