Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Lebih 40,000 penyokong Terengganu bakal membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Sabtu ini untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor apabila jualan tiket dalam talian (Online) dilaporkan sudah habis dijual.
Penjualan tiket tersebut telah dibuka sejak 29 Julai 2022 melalui laman web tickethotline.com dan pembelian melalui aplikasi Terengganu FC. Walaupun harga tiket dewasa mencecah RM20 namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada penyokong setia skuad penyu.
Situasi itu memaksa pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) menjual 12,000 lagi tiket secara fizikal di kaunter stadium pada hari perlawanan (6 Ogos). Menurut kenyataan rasmi, penjualan tiket ini adalah merangkumi 10,000 tiket dewasa dan 2,000 tiket kanak-kanak.
“Bagi memastikan kapasiti tempat duduk stadium dapat memuatkan kesemua penyokong yang membeli tiket, kanak-kanak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
