Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Lebih 30,000 penyokong Sabah dijangka membanjiri Stadium Likas pada hari esok untuk menyaksikan perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tiket dalam talian serta fizikal dilaporkan sudah habis dijual.
Difahamkan 3,000 tiket telah dijual secara fizikal bermula jam 10 pagi tadi namun ia dilaporkan sudah habis dijual dalam tempoh 1 jam sekaligus mengecewakan ribuan penyokong yang telah beratur sejak pukul 3 pagi.
Setiap penyokong cuma boleh membeli sebanyak 2 keping tiket sahaja dan Sabah FC turut mengumumkan skrin besar akan dipasang di padang sintetik (bersebelahan Stadium Likas) untuk mereka yang tidak berkesempatan memiliki tiket perlawanan.
Sekitar hari penjualan tiket fizikal Sabah FC vs JDT
Admin sempat record suasana di perkarangan Stadium Likas pagi ini sempena penjualan tiket fizikal menjelang pertemuan “Top of the table” antara Sabah FC…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: