Marlia berkata, TV3 berbesar hati menjadi platform utama menganjurkan TikTok Awards Malaysia untuk kali kedua bersama TikTok.
“Kerjasama ini akan mengeratkan lagi hubungan TV3 dan TikTok. Acara ini juga mengetengahkan peranan TV3 sebagai penyiar utama dan menampilkan kreativiti serta bakat luar biasa dalam komuniti TikTok.
“Acara ini bukan sahaja meraikan pencipta kandungan yang memberi inspirasi, malah, mencorakkan dunia digital kita.
“Projek ini seiring visi TV3 untuk membekal informasi, memberi inspirasi dan membawa hiburan serta menyiarkan kandungan segar serta inovatif kepada penonton.
“TV3 amat berterima kasih kepada semua penaja yang merealisasikan penganjuran acara ini,” katanya.
Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil berkata, TikTok Awards Malaysia 2024 mampu menjadi platform penting yang dapat mengubah impian pencipta kandungan menjadi realiti melangkaui skrin.
Anuar Fariz berkata, anugerah mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai pencipta kandungan seiring…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
