Site icon Kool FM

TikToker Saran Untuk Melancong Ke Malaysia Berbanding Singapura


TikToker, @zakattackcalii, yang mempunyai hampir 120,000 pengikut, menilai Singapura sebagai negara yang “terburuk” daripada tujuh negara Asia Tenggara yang telah dilawatinya dalam lima bulan terakhir.

Menurutnya, tiada apa yang boleh dilakukan di Singapura.

“Saya tidak sarankan. Sebabnya tiada apa yang boleh dilakukan di Singapura selain berjalan-jalan dan melihat beberapa bangunan, Singapura terlalu kecil,” katanya dalam video.

Dia berkata walaupun orang yang ditemuinya di Singapura baik, namun ada juga yang kasar, seperti pekerja di Marina Bay Sands.

“Ketika saya pergi ke Marina Bay Sands, pelayan lelaki dan wanita sangat kasar. Mereka tidak mesra,” dakwa TikToker tersebut.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version