
KUALA LUMPUR – Tilam kecerdasan buatan (AI) ciptaan Akemi bukan sahaja membuatkan pengalaman tidur lebih bersifat peribadi, malah meningkatkan keselesaan, mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan menyokong proses pemulihan badan.
Tilam Akemi Sleep Sync AI Mattress yang pertama kali seumpamanya dicipta itu menjadi evolusi baharu apabila ia mampu memahami, menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap keperluan pengguna secara masa nyata.
Ia dicipta bersama Smart AL Chip yang mampu mengesan titik tekanan badan, pergerakan dan corak pernafasan pengguna sebelum melaras tahap sokongan secara automatik mengikut perubahan posisi tidur sepanjang malam.
Ketua Pegawai Komersial Akemi, Koay Ching Mun berkata, Sleep Sync melaras sokongan secara aktif berdasarkan berat badan, posisi dan pergerakan pengguna berbanding tilam konvensional yang menawarkan sokongan statik.
“Kami bukan sekadar memperkenalkan tilam, tetapi satu penyelesaian tidur yang mampu memahami dan menyesuaikan diri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
