Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Semalam, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pergaduhan diantara pemain Terengganu II dan Penang FC ketika perlawanan merebut Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Perlawanan tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal setelah berlaku kekecohan dan pergaduhan beramai-ramai di tengah padang diantara pemain kedua-dua pasukan. Ketika itu, Terengganu II sedang mendahului dengan keputusan 1-0.
Menurut kenyataan rasmi Terengganu FC (TFC), pergaduhan itu bermula pada minit ke 45+3 selepas pemain berjersi 14 Penang (Endrick Dos Santos) gagal menyempurnakan sepakan penalti.
“Keadaan itu membuatkan para pemain Terengganu II meraikan kegagalan tersebut dan salah seorang pemain Terengganu FC II yang berjersi nombor 23 (Aqil Irfanuddin) turut meraikannya dihadapan pemain jersi 14 (Endrick Dos Santos) tanpa sebarang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
