Susulan itu, ibu kepada budak lelaki tersebut terus bertindak membuat teknik Heimlich sehingga makanan yang tercekik itu terkeluar.
Untuk pengetahuan anda, Heimlich Manoeuvre adalah teknik yang digunakan untuk membantu seseorang yang tersedak atau tercekik. Teknik ini penting kerana tersedak boleh menyebabkan sesuatu yang serius seperti kekurangan oksigen atau kematian.
Menurut sumber, untuk melakukan Heimlich Manoeuvre, kita perlu berdiri di belakang mangsa dan memberikan tekanan pada bahagian perut mereka untuk mengeluarkan benda yang menyebabkan tersedak.
Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen tentang kesedaran dan kepentingan mengenai teknik Heimlich ini agar tidak panik jika terjadi pada ahli keluarga.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: