Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Anggota bomba dan penyelamat bukan sekadar memikul tanggungjawab memadamkan kebakaran tetapi mereka perlu bersedia dengan tugas-tugas menyelamat. Apabila mereka mendapat laporan, mereka akan sentiasa menjalankan tugas sebaiknya.
Artikel Berkaitan:
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @rusliachok telah berkongsi sebuah video yang memaparkan anggota bomba menjalankan tugas menyelamat di sebuah bangunan.
@rusliachok anjing merajuk
Menerusi video terbabit, anggota bomba memujuk seekor anjing yang berada di luar bangunan tinggi selepas menerima aduan menyelamat kerana dikhuatiri anjing tersebut akan jatuh dan mengalami kecederaan atau sebaliknya. Dapat dilihat, anggota bomba tersebut sabar untuk memujuk anjing itu.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat anjing tersebut yang merajuk serta tidak termakan pujukan ahli bomba tersebut.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: