PETALING JAYA – Tini’s Spa, pusat spa dan salun kecantikan khusus untuk wanita, yang baru menyambut ulang tahunnya ke-18 sedang merangka strategi untuk meluaskan lagi cabang perkhidmatan kepada penjagaan kesihatan mental sebagai usaha membantu wanita yang menghadapi masalah tersebut dalam persekitaran mencabar kini.
Pengasas syarikat, Hartini Halim berkata, kesihatan mental wanita telah menjadi satu isu yang semakin diperhatikan dalam masyarakat dan ia perlu diberi perhatian sebelum isu tersebut semakin berleluasa sehingga memberi kesan kepada generasi masa depan.
Menurut beliau, selain menawarkan perkhidmatan berkualiti dalam kecantikan, spa dan pelangsingan, Tini’s Spa yang mula beroperasi pada tahun 2005 itu mahu memberi sokongan kepada kumpulan wanita yang berdepan dengan masalah kesihatan mental dan seterusnya berjaya mencapai kebahagiaan sejati.

“Kebahagiaan yang sebenar bermula daripada kesihatan mental yang baik, jadi kami mahu memberikan perkhidmatan berkualiti…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: