Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tipu Rekod Dan Bersubahat, Lelaki Ini Berjaya Menginap Hotel ‘5 Star’ Selama Dua Tahun

today23 June 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ramai mengimpikan mahu menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang kerana fasiliti yang ditawarkan sangat hebat. Tambah pula dengan kos mencecah ribuan ringgit untuk semalam menjadikan ia hanya boleh diakses oleh orang kaya sahaja.

Artikel Berkaitan:

Penipuan seorang lelaki yang tinggal di sebuah hotel lima bintang hampir dua tahun menginap secara percuma akhirnya terbongkar, lapor NDTV.

Difahamkan, individu terbabit telah bersubahat dengan beberapa kakitangan hotel bagi memastikan tindakannya tidak dihidu oleh pihak pengurusan hotel berkenaan.

Menurut AFP, lelaki itu telah menempah bilik di Hotel Roseate House, New Delhi pada 30 Mei 2019. Dia sepatutnya check out pada keesokannya.

Walau bagaimanapun, lelaki itu telah tinggal di hotel itu selama 603 malam sehingga dilaporkan meninggalkan pusat penginapan berkenaan pada 22 Januari 2021.

Susulan itu, pengurusan hotel mendakwa telah mengalami kerugian berjumlah $70,000…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post