PETALING JAYA – Pemaju gaya hidup bandar, Titijaya Land Berhad (Titijaya) mengumumkan cadangan pengambilalihan dua aset hartanah di Kota Kinabalu bernilai RM105 juta, sekali gus mengukuhkan kehadirannya di Sabah dan Malaysia Timur.
Cadangan pengambilalihan pertama bernilai RM99 juta melibatkan sebidang tanah yang telah siap kerja-kerja asas, termasuk dua blok bangunan penginapan pelajar setinggi 19 tingkat yang dibina khusus, merangkumi 513 unit apartmen studio.
Ia mampu menempatkan seramai 3,078 pelajar. Selepas pengambilalihan, Titijaya bercadang untuk mengendalikan bangunan yang telah siap serta menyiapkan baki kerja pembangunan, memanfaatkan permintaan sedia ada dan yang semakin meningkat di kawasan sekitarnya.
Pengambilalihan kedua pula bernilai RM6 juta, melibatkan sebidang tanah dengan struktur bangunan sedia ada yang asalnya dibina untuk projek Kompleks Koperasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilancarkan pada 2012.
Pelan asal pembangunan merangkumi pembinaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: