Site icon Kool FM

Titijaya Land beli tanah RM47.3 juta di Bukit Raja


PETALING JAYA – Titijaya Land Berhad (Titijaya) mengumumkan cadangan  pengambilalihan sebidang tanah seluas 6.071 hektar di Bukit Raja, Selangor, dengan harga RM47.3 juta bertujuan untuk meluaskan lagi simpanan tanah kumpulan di lokasi utama yang menjadi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Cadangan ini juga dilihat dapat menyediakan  peluang pembangunan masa hadapan yang memanfaatkan lokasi strategik Bukit Raja, kemudahan infrastruktur yang komprehensif, serta jaraknya yang berhampiran dengan pusat-pusat bandar utama.

Bagi merealisasikan cadangan tersebut, anak syarikatnya, Titijaya Makmur Sdn Bhd telah  memeterai satu perjanjian jual beli dengan penjual, Jasa Cendana Sdn. Bhd., berhubung dengan pengambilalihan tersebut.

Pertimbangan belian tersebut telah dicapai atas dasar kesanggupan pembeli dan penjual (willing-buyer willing-seller), dan selepas mengambil kira, antara faktor-faktor lain, lokasi tanah yang strategik serta nilai pasaran bagi hartanah yang setanding…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version