Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Titijaya rai Rumah Anak Yatim At-Taqwa bersama SAY & Raja Muda Selangor

today21 March 2025

Background


PETALING JAYA – Pemaju gaya hidup bandar, Titijaya Land Berhad dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah membawa senyuman kegembiraan kepada 55 kanak-kanak di Rumah Anak Yatim At-Taqwa menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan.

Selepas melakukan tinjauan ke atas bangunan rumah anak yatim berkenaan, Titijaya akan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menambah baik keadaan bangunan tersebut, khususnya bahagian bumbung serta beberapa aspek lain.

Tengku Amir Shah bersama Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit mengunjungi rumah anak yatim itu pada 19 Mac lalu dalam Program Ziarah Ramadan 2025, iaitu inisiatif SAY yang bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik di seluruh Selangor.

Raja Muda Selangor merupakan Pengasas dan Presiden Eksekutif SAY.

Poh Yit berkata, pihaknya percaya bahawa memberi kembali kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan adalah satu tanggungjawab…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post