PETALING JAYA – Telekom Malaysia Berhad (TM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meneruskan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) bagi pelaksanaan 5G di negara ini.
TM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, model SWN menggambarkan tanggungjawab bersama bagi memenuhi objektif kolektif 5G untuk Malaysia.
“Syarikat-syarikat telekomunikasi akan memberi tumpuan kepada pelaburan dan membangunkan produk untuk penyelesaian 5G yang inovatif untuk pelanggan akhir.
“Digital Nasional Bhd. (DNB) pula memberi tumpuan kepada pembinaan rangkaian ke arah pelaksanaan liputan dan kapasiti lebih pantas dengan cara yang menjimatkan kos, manakala TM akan terus menyediakan backhaul gentian seperti yang dipersetujui.
“Ini satu lagi contoh usahasama awam-swasta dalam pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi kritikal bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.
Menurut TM, pihaknya sedang menjalankan percubaan rangkaian dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: