Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

TM tamat sewa ibu pejabat, pemegang sukuk diambang kerugian

today29 December 2022

Background


PETALING JAYA- Keputusan Telekom Malaysia (TM) menamatkan sebahagian besar sewaan bangunan di ibu pejabat syarikat itu di Bangsar, Kuala Lumpur dilihat memberi impak kerugian kepada pemegang sukuk Menara ABS.

Antara pemegang sukuk yang terjejas susulan langkah itu antaranya institusi pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurut sumber industri, kerugian dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit itu bakal memberi kesan kepada ahli-ahli KWSP selain pendeposit TH.

“KWSP mungkin tidak begitu terkesan kerana ini bukan pelaburan yang besar bagi mereka tetapi keadaan itu akan memberi kesan kepada TH dan jutaan pendepositnya,” katanya.

TM dan anak syarikatnya kini hanya akan menyewa kira-kira 10 peratus ruang pejabat Menara TM di mana ia menyaksikan penurunan yang ketara daripada 70 peratus sebelum ini.

Pelaburan KWSP dan TH dalam sukuk Menara ABS pada 2008 merupakan detik bersejarah kepada TM yang memerlukan dana untuk projek internet…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post