Site icon Kool FM

TMJ Ajak Pemilik Kelab Dan CEO Berkumpul Dalam Forum Terbuka

TMJ


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mencadangkan agar satu forum terbuka diadakan melibatkan semua pemilik kelab Liga Malaysia untuk kemajuan bola sepak negara.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian menerusi laman twitternya ketika menjawab soalan daripada peminat mengenai ciapan pendedahan gaji Arif Aiman yang dilaporkan lebih rendah daripada pemain tempatan yang lain.

Menurut TMJ, forum terbuka itu diadakan untuk memudahkan para penyokong untuk bertanya apa-apa soalan mengenai perkembangan pasukan mereka.

“Apa susah, kita adakan satu forum terbuka secara langsung antara pemilik dan CEO kelab yang lain dimana penyokong boleh tanya apa-apa sahaja soalan secara terbuka.

“Di forum ini semua pemilik, CEO boleh menjawab dengan fakta dan bukti. Habis cerita. Ada berani?,” tulisnya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version