Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) merayu para penyokong Harimau Selatan memenuhi Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi Liga Super menentang Sri Pahang pada malam esok.
Ia adalah perlawanan terakhir pada bulan ini sebelum liga direhatkan untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 pada bulan Jun nanti.
“Esok perlawanan terakhir selepas itu direhatkan untuk 1 bulan. Datang stadium beri sokongan. Tahun ini, semangat melawan pasukan luar biasa. Sejarah dan rekod sudah tercipta.
“Sokongan anda memberi setiap pemain semangat yang luar biasa,” tulis TMJ di ruang komen dalam laman instagram officialjohor.

TMJ turut mendedahkan beliau telah banyak berkorban masa dan wang untuk memajukan bola sepak Johor dan berharap agar para penyokong setia pasukan itu sentiasa hadir ke…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
