
PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pelancongan tidak berlesen yang dikenal pasti menjejaskan ekosistem industri.
Ini kerana kata Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, perbuatan itu bukan sahaja merugikan pemain industri, malah ia turut menjejaskan hasil kepada negara.
Jelas beliau, aktiviti tidak berlesen termasuk penginapan jangka pendek, pengendali pelancongan haram serta amalan tidak patuh peraturan antara perkara paling kerap dibangkitkan oleh pemain industri dalam sesi libat urus bersama kementerian.
“Penguatkuasaan mesti memberi tumpuan kepada aktiviti tidak berlesen dan amalan yang menjejaskan industri, bukan menghukum pemain sah yang telah mematuhi undang-undang dan menanggung pelbagai kos pematuhan.
“Kementerian juga sedang dan akan terus memperkukuh penguatkuasaan secara lebih adil dan seimbang, seiring usaha mempercepatkan pindaan akta serta penambahbaikan dasar bagi memastikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: