Tenaga Nasional Berhad (TNB) menebus kekecewaan yang dialami dua musim berturut-turut apabila berjaya menjulang Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.
Lebih manis kemenangan itu hadir bertemu gergasi hoki tanah air, Terengganu Hockey Team (THT) menerusi penentuan pukulan penalti ‘shoot-out’ 3-1 selepas aksi 60 minit perlawanan terikat 2-2.
Artikel Berkaitan:
Melihatkan kepada keputusan perlawanan, TNB jelas tidak diberikan laluan mudah meskipun THT kali ini turun tanpa pemain import.
Gandingan tonggak berpengalaman THT yang ditunjangi Sukri Mutalib, Faizal Saari dan Fitri Saari dilihat cukup membantu barisan pemain muda untuk tampil cukup yakin bagi memberikan kesukaran buat skuad himpunan bintang TNB.
TNB yang dibimbing Nor Saiful Zaini Nasiruddin berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti Jang Jong-hyun.
Kedudukan berubah pada minit ke-24 selepas Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal mudah menolak masuk bola setelah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: