Site icon Kool FM

Tolong Tolak Kereta Ke Tepi Jalan Seorang Diri, Radhi OAG Terima Pujian Netizen


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang wanita tidak menyangka ketika keretanya bermasalah di tengah-tengah kesesakan jalan raya, dia didatangi oleh seorang artis terkenal yang sanggup berlari untuk menghulurkan bantuan.

Artikel Berkaitan:

Dalam video yang dikongsikan oleh Facebook Anas Asnawi Gazali, kereta wanita berkenaan secara tiba-tiba kehabisan bateri ketika menunggu lampu isyarat. Selang beberapa minit kemudian datang seorang lelaki berlari ke arahnya untuk memberikan bantuan dan lelaki itu merupakan Muhammad Radhi atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG.

“Saya tolak, saya tolak,” kata Radhi kepada wanita berkenaan.

Kemudian dia pergi ke belakang kereta wanita berkenaan dan menolak kereta tersebut seorang diri.

Effort tau tolak kereta waktu jammed dan panas terik ini. Mulianya hati nak tolong waktu panas terik sebegini,” petik teks dalam video.

Pada ketika itu juga, anak lelaki Radhi turun daripada kereta untuk melihat di mana ayahnya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version