Tonggak pertahanan kanan Cardiff City, Perry Ng bakal memperkuatkan skuad kebangsaan Singapura selepas tiba menyertai sesi latihan bersama pasukan tersebut semalam.
Beliau yang merupakan warga Britain memiliki darah keturunan Singapura daripada sebelah datuknya, namun perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa untuk mewakili negara tersebut.
Baca Juga:
Pemain yang berusia 28 tahun itu sudah lama mengimpikan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan demi keluarganya.
“Sejak datuk saya meninggal dunia kira-kira 12 tahun lalu, ia sentiasa menjadi impian saya untuk datang ke sini dan membanggakan mereka semua.
“Keluarga saya di sini tidak pernah melihat saya bermain, jadi untuk dapat beraksi di Stadium Nasional adalah impian yang saya harap jadi kenyataan. Ini hanyalah langkah permulaan saya,” katanya kepada pihak media.
Beliau adalah tambahan muka baharu dalam skuad seramai 28 pemain yang diumumkan ketua jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura. Selain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: