PETALING JAYA – Produk cucian berjenama TOP keluaran syarikat Southern Lion Sdn. Bhd. (Southern Lion) telah memulakan kempen kutipan amal untuk membantu ibu tunggal dalam berdepan dengan persekitaran ekonomi yang sukar kini.
Berdasarkan keprihatinan syarikat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON dan Shopee, kempen ini bakal membantu untuk memenuhi 333 keperluan persekolahan bagi tahun depan untuk kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal.
Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik Southern Lion, Ling Ai Li berkata, melalui Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP), syarikat akan mengenal pasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan.
“Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan tahun satu pada 2022.
“TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: