Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Top Glove Catat Keuntungan Sebanyak 346% Kepada RM7.87 bilion

today18 September 2021

Background


Top Glove Corporation Bhd mencatat lonjakan keuntungan sebanyak 346 peratus kepada RM7.87 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2021 daripada RM1.75 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Manakala pendapatan Top Glove pada tahun ini meningkat sebanyak 127 peratus kepada RM16.4 bilion daripada RM7.24 bilion pada tahun kewangan 2020, lapor MalaysiaKini.

Prestasi baik ini didorong oleh permintaan sarung tangan yang tinggi serta kenaikan purata harga jualan yang didorong oleh situasi pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, The Edge melaporkan suku keempat tahun kewangan 2021, keuntungan bersih Top Glove merosot kepada RM607.95 juta berbanding RM1.18 bilion tahun ke tahun manakala pendapatan turun kepada RM2.12 bilion daripada RM3.11 bilion.

Prestasi suku keempat menunjukkan penurunan disebabkan oleh pelaksanaan vaksin di peringkat global sehingga menyebabkan jumlah jualan dan purata harga jualan lebih rendah. Selain itu, kemerosotan ini juga didorong oleh tindakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman Nazirmuddin


Previous post

Nasional

AS akui tersilap serangan dron di Kabul

WASHINGTON: Komander tentera Amerika Syarikat (AS), Jeneral Kenneth McKenzie mengakui tentera negara itu tersilap ketika melancarkan serangan dron di Kabul bulan lalu yang menyebabkan 10 orang awam terkorban, termasuk kanak-kanak.

today18 September 2021