Site icon Kool FM

Top Glove disenarai dalam indeks kesaksamaan gender


PETALING JAYA – Pengeluar sarung tangan, Top Glove mendapat tempat dalam Indeks Kesaksamaan Gender Bloomberg 2022 (GEI) setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam langkah mempromosikan kesaksamaan jantina di tempat kerja.

Syarikat itu salah satu daripada empat syarikat tempatan yang dimasukkan dalam indeks berkenaan, yang mengiktiraf 418 organisasi merentas 45 negara dalam bidang kesaksamaan gender.

Diwujudkan pada 2016, GEI menyasarkan untuk menjejaki prestasi syarikat tersenarai awam yang komited terhadap ketelusan laporan dalam data berasaskan jantina.

Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Lim Meow berkata, pihaknya percaya kepelbagai­an dan budaya hormat menghormati merupakan kunci untuk meningkatkan moral kakitangan, mengekalkan bakat dan menambah baik produktiviti.

“Kami komited menyediakan peluang sama rata dari segi pengambilan pekerja dan pertumbuhan karier, selain tidak memberi toleransi kepada sebarang bentuk diskriminasi.

“Penyertaan Top Glove dalam GEI…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version