Site icon Kool FM

Toshiba lancar peti sejuk Japandi terbaru


KUALA LUMPUR – Pengeluar peti sejuk pertama di Asia, Toshiba hari ini mengumumkan pelancaran peti sejuk Japandi, iaitu produk terbaharu di bawah rangkaian siri Japandi yang menekankan reka bentuk artistik dan minimalis.

Japandi merupakan gabungan perkataan Japanese dan Scandinavia, menggabungkan gaya reka bentuk Jepun dan keanggunan Scandinavia bagi memberikan sentuhan harmoni serta praktikal.

Di sebalik penampilan luarannya yang anggun, peti sejuk Japandi menampilkan teknologi inovatif yang mampu mengekalkan kesegaran makanan pada tahap optimum.

Ini termasuk ciri OriginFresh, yang menawarkan teknologi pengawetan daging dan ikan serta Teknologi -1 darjah Celcius Pro Aging yang memastikan bahan makanan disimpan pada suhu ideal bagi meningkatkan rasa dan teksturnya.

Selain itu, mod Soft-Freeze boleh mengekalkan bahan makanan dalam keadaan sedehana beku bagi memastikan tekstur dan kualitinya tahan lebih lama, manakala fungsi Deep Freeze mampu membekukan makanan dengan kadar segera…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version