SEBERANG PERAI – Tourism Malaysia menyasarkan kira-kira 300 pakej Northern Malaysia Coffee Experience dapat dijual di seluruh negara bagi mempromosikan industri kopi melalui kedai kopi, kafe dan rawatan spa berasaskan kopi di negeri-negeri Wilayah Utara.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab berkata, pakej meliputi beberapa destinasi di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak yang mula dijual hari ini sehingga 1 Jun 2023 itu dijangka mencatatkan pulangan kira-kira RM100,000.
Jelasnya, pakej berkenaan berpotensi dipromosikan selaras dengan Dasar Pelancongan Negara yang memfokuskan kepada peningkatan pengalaman pelancong susulan trend terkini terutamanya untuk golongan ‘millennial‘ yang menjadikan aktiviti bersantai di kedai kopi atau kafe sebagai salah satu gaya hidup.
“Pakej yang ditawarkan selama sehari, dua hari satu malam dan tiga hari dua malam ini bermula serendah RM95 seorang, malah pelancong domestik dan antarabangsa berpeluang mendapat diskaun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: