Site icon Kool FM

Toyota Supra, Rolls-Royce, G-Wagon Antara Aset Bernilai Lebih RM57 Juta Disita PDRM

PDRM Sita Toyota Supra, Rolls-Royce, G-Wagon


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah berjaya melumpuhkan sebuah sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang berskala besar menerusi operasi khas yang dinamakan ‘Op Teguh 2.0’.

Memetik Harian Metro, operasi yang diketuai oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ini telah dilaksanakan pada 6 dan 7 Mei melalui 46 serbuan di beberapa lokasi, termasuk kondominium mewah di sekitar Lembah Klang.

Menerusi operasi rentas sempadan ini, pihak berkuasa telah menahan seramai 187 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan tersebut.

Tangkapan ini merangkumi 151 orang lelaki dan 36 orang wanita yang terdiri daripada pelbagai warganegara.

Pecahan tangkapan melibatkan warga China (129 individu), Malaysia (23 individu), Jepun (9 individu), Vietnam (8 individu), Indonesia (7 individu), Laos (4 individu), Thailand (3 individu), serta Filipina dan Myanmar (masing-masing 2…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version