PETALING JAYA – TP TEC Holding Berhad (TP TEC Holding), penyedia penyelesaian kuasa dan peralatan, telah mendapat kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Berhad.
Penyenaraian melibatkan 250,000,000 saham di pasaran tersebut dengan harga rujukan penyenaraian sebanyak RM0.10 sesaham itu, syarikat dijangka mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM25 juta selepas disenaraikan nanti.
Pengarah Urusan TP TEC Holding, Lau Poh Keong berkata, cadangan penyenaraian syarikat di Bursa Securities akan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran penyelesaian tenaga dan peralatan, sekali gus menambah baik profil korporat syarikat serta menyumbang kepada usaha untuk mengembangkan asas pelanggan sedia ada.
“Penyenaraian ini akan membolehkan kami mengakses pasaran modal untuk aktiviti pengumpulan dana pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
TP TEC Holding terbabit dalam bidang perniagaan mereka bentuk, membangunkan, memiliki dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
