Pada mulanya, lelaki berkenaan teragak-agak ingin mengikut kehendak keluarga isterinya itu. Namun, akhirnya dia terpaksa juga tidur di bilik pusaka tersebut.
“Bila buka je pintu tu, harum bau kasturi menusuk masuk ke ruang hidung aku. Bilik terhias cantik seperti kamar raja terdahulu. Peralatan semua antik. Patutlah bilik isteri aku tak berhias, diaorang hias bilik arwah nenek isteri aku.
“Aku memang tak respon apa, apatah lagi fikir nak bersama isteri dekat dalam bilik tu. Bilik tu okay je cantik dan antik tapi menyeramkan sangat. Aku rasa macam aku ni lahir tahun 1935 macam tu,” katanya.
Susulan selepas insiden seram itu, abang iparnya bertanya sama ada dia dapat tidur lena atau tidak pada malam itu.
“Aku terus geleng kepala. Semua pakat gelak ketawakan aku. Sebelum kahwin pakat tanya lah pasangan korang ada tak adat sebodoh ni diterapkan dalam keluarga bakal pasangan korang,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: