Site icon Kool FM

Tragedi Nahas Bas Persiaran, Polis Sahkan Pemandu Tiada Lesen


Semalam berlaku tragedi nahas melibatkan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di KM16.5, jalan turun Genting-Bentong menghala ke Kuala Lumpur pada jam 10.43 pagi.

Kemalangan tersebut telah meragut nyawa dua orang rakyat China yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Laporan turut menyebut bahawa 19 lagi yang lain cedera, selepas bas persiaran yang dibawa pemandu itu terbalik kerana hilang kawalan.

Buletin TV3 melaporkan bahawa pemandu bas tersebut tidak memiliki lesen. Menurut polis, pemandu bas berusia 32 tahun itu turut memiliki 27 saman lampau melibatkan pelbagai kesalahan trafik selain daripada tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata: “Seramai 19 penumpang warganegara asing yang berada di dalam bas terlibat.

“Manakala tiga warganegara tempatan yang terdiri daripada seorang pemandu bas, seorang pembantu dan seorang pemandu pelancong berjaya dibawa keluar daripada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version